Kali ni Sue nak ceritakan tentang holiday kitaorang bertiga pada tahun lepas iaitu pada bulan Disember lepas.. Sue dan husbund jenis yang suka bandar dan tempat shopping complex.. Pendek kata adanya tempat beli belah batu bertangkuk.. Sue dan husbund suka jer bab-bab shopping ni.. Sebab kitaorang memang kaki membazir.. Macam slalu tiap kali hujung tahun kitaorang akan turun KL..Tapi kali ni kitaorang still lama skit kat sana dan kami decide nak bermalam kat Berjaya Time Square hotel.. Sebabnya dekat dengan Time square mall.. Senang nak shopping dan tujuan utama nak bawak si rambut lebat main kat team park Berjaya Time Square.. Kali ni si rambut lebat dah berusia 3 tahun.. jadi dia dah faham banyak benda dan senang nak bawak jalan-jalan pusing KL.. Lagi senang sebab sekarang dia dah tak bf lagi senang nak bagi minum air apa sahaja..
antara tempat yang kami slalu pergi ialah Pavilion Kl.. Ramai giler orang kat sini.. Bersesak-sesak..
outfit detail:
top @hergracekl
skirt: @oddalkl
Bila dah sampai kat sini tak lepaskan peluang untuk berootd.. Dulu masa si rambut lebat kecik susah nak bergambar sekarang dah ada geng.. Sebab si rambut lebat pun suka bergambar... Stop shopping jap sebab nak bergambar takut hari dah gelap.. Nanti ootd tak cantik.. hehe.. kat sini kitaorang takde pun beli barang mahal ribu riban tu.. Beli yang mampu milik jer...
kitaorang still kay Berjaya Hotel Time Square.. Si rambut lebat lebat dan papanya seronok berenang... Si rambut lebat lebat tak nak balik hotel sampai dah kecut semua jari-jarinya...sempat berootd kat sini sebagai kenangan.. hehe
outfit detail:
top: H&m
pant: H&m
outfit detail:
top: thekitchen
palazo: H&m
Hari berikutnya papa si rambut lebat lebat ajak pergi Sunway Pyramid.. Sebab nak beli cap katanya.. Nasib baik ada banyak cap yang menarik kat sini.. Banyak jugak la dia beli.. Sebab kat Sarawak susah nak jumpa.. alang-alang dah datang ni beli la terus..Sue pulak ada ushar Bag Furla dan MK.. Sebab kat Sarawak tidak ada.. Alang-alang dah singgah ni.. hehe
si rambut lebat tak nak bergambar.. sibuk main toys..
outfit detail
top: @zara
skirt: fashionvalet
tudung :@theduckgroup
Seterusnya kitaorang pergi Mid Valley megamall.. Best la jugak kat sini pada sesiapa yang sukakan pelbagai jenama dari yang murah sampai yang mahal, semua ada kat sini.. Ada banyak choice dan pilihan kat sini.. Terutamanya pakaian.. Si rambut lebat pergi mana-mana jer dia akan paw toys.. Kitaorang dah siap-siap satu beg untuk isi toys dia.. Senang nak angkut.. ðŸ˜
outfit detail
Top: not remember
palazo: @mango
shoe: @aldoshoe
Next day pergilah ke Publika ni pulak.. Naik grab pergi sini.. Driver grab cakap kawasan ni banyak warga asing yang tinggal di kawasan ni.. Kitaorang just dengar sajelah apa yang dia citer pasal tempat ni.. Kitaorang datang sini sebab nak singgah kat butik Fashionvalet.. Sebab Sue nak beli tudung dan baju kat sini.... Sue tak berapa suka sangat dengan tempat ni sebab tak ada banyak pilihan makanan.. Banyak kedai yang non halal... Yang ada choice pun tak berapa nak menarik sangat... Publika ni kiranya macam megamall jugak la.. Banyak kedai dan kiranya tempat orang shopping.. Tapi Sue tak suka sangat sebab tak ada pilihan hati dan yang berkenan kat sini...
Tujuan utama datang sini sebab nak singgah butik Fashionvalet..Tapi tak banyak pilihan kena beli kat website jugak baru puas hati...
tujuan utama datang KL kali ni sebab nak bawak si rambut lebat lebat main kat theme park kat belakang tu.. Dulu masa zaman couple ngan papa si rambut lebat, tempat ni adalah tempat favourite kitaorang.. Kiranya kitaorang slalu dating kat sini.. dan dah semestinya banyak kenangan indah yang tak dapat dilupakan dekat sini.. Sebab tu kitaorang tak jemu datang sini walaupun selalu dan kerap kali... Barang- barang kat sini pun boleh tahan contoh macam skirt, top dan macam-macam lagilah.. Harga murah lak tu.. kena pandai pilih barang lah korang.. Kalau pandai pilih korang akan rasa berbaloi baloi sangat ooooo.....
yang ni feveret Sue Salmon apa ntah namanya lupa lak pulak sejak dah berusia ni... Sue makan dekat mana yer.. lupa lak pulak nama restoran tu.. Saje try makan yang ni banyak kali sebab nanti nak try buat sendiri kat umah.. haha sampai sekarang masih belum berbuat.. ntah bila la nak buat yang ni .. bila yer????
Banyak tempat sebenarnya kitaorang pergi kat KL ni macam sogo, jalan Tar dan sebagainya.. tapi tak sempat nak ambik gambar.. Salah satu faktornya bila jalan-jalan ada anak kecik ni kitaorang duk bergilir dukung anak jer.. Sebab si rambut lebat lebat penat kalau jalan jauh-jauh.. Boleh tahan penat berjalan bila dukung bidak tembam tu.. 16kg kut mana tak pengsan.. naik kebas gak tangan.. Tapi tak kisah dan kami tak hiraukan semua tu.. Janji dapat jalan- jalan, makan dan shopping... Yang paling buat si rambut lebat ni teruja ialah LRT.. Dia ingat LRT tu kereta api mainan.. Apa ler anak aku ni.. Asyik-asyik ajak naik LRT.. Tak sabar lak tu nak naik sampai nangis-nangis ..... nak too tooo train mama... nak too too train.. Sabar je lah kami papa & mamanya.. Sebab kat Sarawak takde jadi dia jadi jakun skit.. Mama dan papa dah biasa naik zaman-zaman uni dulu.. sebab slalu dating kan...
Bagi Sue KL ni antara tempat yang menarik untuk dikunjungi.. Cuba kita kena selalu berhati-hati bila bawak
anak kecik ni.. Lagi-lagi yang aktif.. Jangan abaikan anak dan selalu perhatikan dia walaupun sesaat... Kalau nak ikutkan banyak tempat yang kitaorang nak pergi.. Tapi tak boleh lama-lama sangat kat KL ni.. Bahaya haha....
Azam tahun 2019 ni nak stop pembaziran dan shopping smua.. cukuplah apa yang ada.. Baju kat almari dah bertimbun tak pakai.. kadang-kadang rasa menyesal lak beli baju ikut perasaan...
Apa pun thank sudi baca blog Sue dan kisah tentang percutian Sue yang simple dan tak seberapa ini.. Kesimpulannya pergi mana-mana pun tak kisah asalkan kita seronok dan happy.. Yang penting fikir dulu tentang keselamatan kita dan orang yang tersayang... Be happy gais... byesss❤️
No comments:
Post a Comment