sambung lagi kisah jalan-jalan cari jalan..haha.. Hari tu citer pasal kat Melaka, sekarang dekat pahang pulak okay.. Sebenarnya husbund ai orang Pahang, so memang selalu la juga balik Pahang.. Kampung Husbund ai lak kat Chini.. ala tempat ada naga tu..haha.. so macam selalu, bila balik je Pahang ktorang ni jenis kaki merayau dan berjalan saje, memang tak boleh nak duk diam.. ada saje yang ktorang buat.. Sepanjang duk Pahang memang tak melekat kt umah.. Da pun time malam je.. yea la malam-malam nak g mana kena tangkap baru tau, nantikan diingatkan pendatang lak merayau malam-malam.. Bertuah lak ai rasa kawin dengan orang Pahang ni.. Macam-macam tempat best yang boleh pergi dan makanan pun sodap-sodap je..
perkara pertama yg ktorang buat sesampai je kat Pahang adalah mengap koteow celup ni.. Sedap sgt dan memeng terbaik.. Kedai ni bersebelahan dengan UTC Kuantan.. dan kalau tak silap kedai Kelantan..
Tempat yang ktorang jalan-jalan selalunya teluk Cempedak.. Pantainya masih lagi cantik, banyak kera yang cute dan suka mencuri makanan orang, da gerai-gerai pelbagai dan tempat makan yang best..
sedapnya dy tido ditiup angin sepoi sepoi bahasa gitu..
budak tummy first tengok pantai..seronok dy terlompat-lompat peha kentakinya.. Rambut dy yang lebat tu pun ditiup angin..suka la dy tuee,...
nak naik motor macamni pun da kat sini.. Bayar rm10 je utk satu jam..tengok la adik ipar ai tu, bukan main lagi ehh...
hey eh terjumpa orang merah ni.. Nak salam dan bergambar ngn org merah ni kena bagi duit dulu.. lepastu tu dy hidup dan hulur tangan..huhu..
dah penat jalan-jalan kat teluk Cempedak (TC) go lak tempat makan.. wee decide nak makan ikan bakar petai speacial.. woohooo terkeluar air liur bila teringatkan ikan bakar tu.. Sedap dan memng terbaik dari air...haha.. Tempat makan pilihan adalah di Tg Lupur bandar Kuantan..
Taraaa..ni la tempat makannya.. Ana Ikan bakar Tg. Lupur..
tu dy..memang terbaik la ikan siakap bakar bersama petai ni..Dah la ai ni hantu petai..Sedap terkeluar air liuq dh ni..
ni lah menu yg ktorg pilih..Maaf la meja berselerak sbb gelojoh sgt makan..haha..Disebabkan ktorang ni elergi pada seafood so skit je la ambik seafood.. Kan karang semua hidung jadi macam badut lak.. duk menonyoh hidung je sbb gatal..huihui.. Boleh la try yea..memang berbaloi okays..
keesokan harinya pula ai dan family g jalan-jalan kat bukit teruntum lak..Saje jalan-jalan tengok haiwan-haiwan yang comel dan cute..
tempat ni cantik.. kat belakang tu da babun yang nakal.. ingat nak bergambar dengan bear.. tp bear tu merajuk lak hari ni.. dy x da mood nak jumpa human, katanya..haha..
Hari berikutnya lak ktorang pergi Tasik Chini.. Tasik Chini dekat je ngn umah husbund ai...lebih kurang 15minit mcmtu ler..Kat Tasik Chini tu slalu gak aku dengar citer yang macam-macam, da org cakap ada istana kat bawah dasar tasik, da yang cakap da bigfoot la dan macam-macam lagi la..Patut la sunyi je tempat ni.. Orang takut nak g kut.. Tapi tiap kali aku pergi tak de lak yang pelik2 ..Okay jer pun.. Da perkampunngan orang asli kat tasik tu, tapi aku tak g pun.. kat situ la pusat pelancongan yg utama..
sebelum sampai tasik Chini singgah dulu beli keropok lekor dan jus manggo..Jus manggo dy memang terbaik rasa asli dan rasa pekat dengan buah manggo asli..200% segar dari ladang.. puas hati sangat.. sambil makan, sambil menikmati pemandangan tasik. wuhuuuu...
sunyi je tempat ni.. Tak da pelancong dan pengunjung.. Sesuai bagi yang nak jauhkan diri dari kesibukan dan hilangkan stress.. ARGHHH hilang stress sudah.. hahahaha....okay jom balik umah..Byess semua sampai ketemu lagi.. Tq sudi visit ai..
No comments:
Post a Comment