Saturday 9 April 2016

Bila Iphone SE di jual di Malaysia?






Seperti biasa produk baru yang dikeluarkan oleh Syarikat gergasi telefon pintar Apple mendapat sambutan hebat. Apple telah membuka pre oder pada 24 march 2016 lepas dan telah mencatat sebanyak 3.4 juta unit telah ditempah. Mereka juga tidak menyangka Iphone SE ini mendapat sambutan sama hebat dengan model iphone sebelum ini walaupun ia sama seperti model lama iaitu iphone yang berskrin 4 inchi.

Persoalannya bilakah ia akan dijual di Malaysia rasanya memang yang ramai menantikan berita itu khususnya bagi peminat produk apple.

`Menurut sumber Iphone SE akan berada di pasaran Malaysia pada penghujung April dan awal bulan Mei. Negara yang terawal menerima Iphone SE di pasaran adalah Australia, Canada, China , France, Germany, Hong kong, Japan, New Zealand, Puerto Rico, Singapore UK dan US. Kemudian beberapa negara lain sehingga negara kita pada bulan April dan awal bulan Mei

Apakah Keistimewaan Iphone SE ini?

Perkara yang paling ketara adalah Chip pemperosesan nya menggunakan Chip A9 dan M9 motion coprocessor sama dengan Iphone 6s dan 6s+ yang dikeluarkan pada september lalu. antara ciri lain adalah



  1. Skrin bersaiz 4.0 inci (1136 X 640 piksel)
  2. Kamera 12 megapiksel
  3. Rakaman video 4K 
  4. Sokongan untuk Live Foto
  5. 2X kepantasan CPU berbanding dengan iPhone 5S
  6. Kamera hadapan masih seperti lama iPhone iaitu 1.2 megapiksel berbanding  iPhone 6S yang mempunyai 5 megapiksel
  7. Kamera FaceTime HD dengan Retina Flash
  8. Kapasiti 16GB & 64GB
  9. Sensor cap Jari ID 
  10. Sokongan pembayaran Apple Pay 
  11. Berat 113 gram
  12. iOS 9
Persoalan yang kedua
adakah pengguna Iphone akan bertukar kepada skrin yang lebih kecil?

Jawapan ini mungkin dapat dijawab oleh pengguna yang berbeza. Iphone SE yang dijual dengan harga yang lebih murah berbanding Iphone 6S dengan harga bermula RM 1949 untuk 16GB dan RM 2449 untuk 64GB. Harga yang rendah ini akan menarik perhatian kepada pengguna yang kurang berkemampuan untuk memiliki produk Apple walaupun ia mempunyai skrin yang kecil. Impian mereka akan tercapai dan terima kasih dengan Apple kerana mengeluarkan produk dengan harga berpatutan bersama pakej prestasi chip A9 yang tidak akan dikecewakan. walaupun pada waktu sekarang pengguna lebih suka kepada skrin yang lebih besar namun tidak mustahil mereka sanggup bertukar kepada skrin 4 inchi disebabkan jenama produk Apple yang mampu milik. Berlegar beberapa khabar angin terdapat pasaran gelap di China yang menawarkan harga yang lebih murah serendah 30$ hingga 100$ satu unit namun sumber tidak dapat pengesahan dari pihak Apple berkenaan perkara tersebut...okay nantikan kemunculan Iphone SE yg akan muncul tak lama lg.. Macam aku sebagai pengguna setia Iphone ni apa yang boleh aku katakan.. I love u Iphone.. MUahahaha..

okay byessss... tq sudi lawat i lagi...

No comments:

Post a Comment