Friday 17 April 2020

satay Kelantan

Hyii peeps,
🦄🐰🍍
Tengah duduk dekat rumah sambil menonton TV ni tertengok orang makan satay lah pulak dah..Sudahlah musim PKP ni..susah nak cari orang jual satay area Kuching ni..Maka ku rajinkan diriku ini bukak kebuk di dalam rumah iaitu peti ais..Tengok ada bahan ke tidak untuk buat satay ni..Lepastu terus cakap kat husband.."sayang kita buat satay nak hari ini..Husband cakap boleh saje sayang...Sue Dan husband memang rajin bab masak bersama ni..maka kami pun teruslah menyediakan bahan untuk buat satay..
Sue nak buat satay Kelantan..Sebab rasanya yang manis-manis Dan berlemak..nyummmm..
Bahan-bahanya adalah
1. Kunyit hidup
2. jintan manis
3. jintam hitam
4. Lengkuas
5. serai
6. Halia 
7. Gula 
8. Garam
Sukatan untuk no 2,3,7 n 8 korang boleh agak-agak sendiri..2 sudu setiap bahan dah memadai untuk seekor cik Ayam.. untuk no 1, 4 n 6 tu sebesar ibu jari korang.. Serai pulak 2 batang..Masukkan semua bahan dalam blander..dan blenlah okay...
potong isi ayam ikut size yang korang suka..Kecik-kecik lagi okay..perapkan bahan yang korang blen tadi dekat ayam ni..perap satu hari Dan simpan di dalam peti ais..
sudahnya cucuk la ayam jadi bentuk satay.ngeee...
bakarlah atas dapur gas..tak kuasa sis nak bakar dekat luar..hehe..tunggu masak and then makanlah satay kita ini..Terimalah satay cinta kita sayang...hehe..

No comments:

Post a Comment