Thursday, 23 January 2020

sikap jujur-adakah pada diri kita?

Salam dan hyii peeps 

🦄🐰🍍
Tahun 2020 ni harapan Sue dan husbund tidak lagi bertemu dan dipertemukan dengan orang yang tidak bersikap jujur.. Kejujuran ni penting.. Sekali orang dah tak percaya pada kita, kita sendiri yang akan susah..

Banyak manusia yang suka mempergunakan orang lain demi kepentingan diri sendiri.. Depan menjanjikan yang baik-baik dan apabila semuanya selesai pelbagai alasan di berikan.. Sebagai contoh janji nak bayar selepas settle kerja.. tup tup bila mintak payment macam-macam alasan dan berdolak dalih.. Menipu tu satu hal dah.. Tapi tak rasa bersalahkah menggunakan tenaga orang lain untuk mendapatkan keuntungan dan wang ringgit.. Pendek kata dapat keuntungan dari penat lelah orang lain.. Di manakah sikap jujur itu? Sudah hilang di telan buaya kah? Ingat lagi tak cerita zaman kanak-kanak dulu seorang pembela biri-biri menipu orang kampung yang biri-birinya di makan sang serigala.. Last-last betul-betul kena makan dek serigala.. 
sekali kita menipu orang, orang dah tak percaya dan takut untuk berkawan dengan kita.. Apa salahnya kita berterus terang dan bercakap benar.. Jika kita suka bercakap benar mungkin akan ada seribu satu jalan penyelesaian... 
Kita hidup di dunia ni kalau tak berharta its okay lagi, tapi kalau orang dah tak percaya pada kita.. Lama-lama kita akan hilang kawan, saudara mara dan ramia lagilah.. Sebab kejujuran adalah kunci segalanya... 

Okylah start hari ini jomlah kita sama-sama ubah sikap dan semaikan sikap jujur dalam diri kita.. Stop menipu dan menganiaya orang lain... Hidup kita tidak berkat jika kita hidup di atas penderitaan orang lain..Betul tak korang? 


terimalah ootd dari tanah gersang yang di bawakan oleh Sazel Aspihan aka photographer... 






 

No comments:

Post a Comment