hyiii peeps....
Sebenarnya hobi i selain merayau, berootd, bergambar di corok tempat, i juga suka deco-deco dan hias rumah... Lagi best kalau kita mempunyai pasangan yang sekepala dan secocok dengan kita... i dan husbund memang jenis suka deco dan hias rumah... memang cita rasa yang sama lah pendek katanya...
Kali ni dah pakat dengan husbund nak hiasan yang simple dan minimalis saje... Sebab nak maintain kemas setiap masa.. Maklum lah si rambut lebat memang aktif mengemas rumah.. semua nak di kemas dan di susunnya... Jangan harap la nak maintain kemas rumah kalau ada baby... Sesiapa yang bergelar ibu dia akan faham apa yang i maksudkan...
ruang tamu yang agak simple.. Yang penting ada jam antik dan pokok rambutan... Televisyen mesti lah ada, tak terlayan nanti citer kartoon kalau tak ada tv tu...
ruang untuk makan-makan sambil main mata
yahooo ada meja bar.. Acah-acah cafe gitussss....
tingkat atas, bilik si rambut lebat.. memang banyak toys dan maianan.. Mainan tu semua i dan husbund yg slalu main, maklumla masa kecil-kecil dulu mana ada semua ni.. Dulu asyik main teng teng, n dato harimau je... Seronoh weh main semua ni.. haha....Paling lama bertahan bilik ni 5minit 45 saat je.. Macam tong sampah lepastu .. dah tak nampak macam bilik lagi dah... Sel-sel otak sedang berhubungkan.. Maklumla.... 🤔
tempat favourite i adalah bilik tidur.. Sebabnya selesa nak tidur mati dan ada meja makeup skali.. Mana boleh dipisahkan women dengan makeup.. Begitulah juga i dengan barang-barang makeup i... Semua ni husbund i yang d.i.y sendiri... love my husbund...
Bilik-bilik yang lain otw untuk di deco... Semoga menjadi ilham korang untuk deco mendeco nanti... kitaorang memang sukakan konsep minimalis dan simple sahaja... Yang penting balik rumah rasa tenang dan damai sahaja... Kalau boleh 24 jam nak duduk sahaja dalam rumah.. sayang nak tinggalkan rumah...
okay peeps... byessssssss 🌹🌹🌹🌹❤️❤️❤️
No comments:
Post a Comment