Tuesday 5 February 2019

event kenduri kawin

Salam and hyii peeps..

Happy Chinese New Year to all yang meraikannya pada hari ini..Today Sue, husbund and si rambut lebat attend majlis Kenduri Kahwin.. Dah lama tak joint even macamni..Last skali tahun 2016 kalau tak silap.. Hari ini anak member husbund kahwin so papa si rambut lebat ajaklah temannya hari ni.. Sue pun first time tengok adat dan budaya orang melayu Sarawak bersanding.. Rasa terdetik di hati nak tahu jugak kan.. Kut-kut berbeza dengan kita adat Timur ni.. Yang Sue perhatikan cara bersanding, makan beradab tu semua sama jer.. Cuma satu je yang uniq mereka ni ada adab temuan.. Iaitu menyuap nasi mulut dengan pasangan.. Kiranya macam pertandingan siapa yang suap dulu dia yang menang.. Tadi asyik sama je markah dua mempelai tu.. Ntah bila nak habis.. Yang pengantin lelaki tu pun tak nak mengalah.. nak menang gak dia.. haha.. 






outfit untuk event harini, Sue just pakai simple jer.. Tangkap muat yang mana dah ada.. Sue pilih colour gold bersempena event pada hari ini
Outfit detail:
top: @pansy
skirt: beli dekat Time Square mall
shoe.: Pedroshoe








Okay tak ootd Si rambut lebat.. Si rambut lebat pilih baju ala-ala princess.. Tak nak pakai baju kurung... Gaya pose nak kalahkan mama yea.. Jangan macam-macam tau... Gamabr hari ini semua ditangkap oleh my husbund


hari ni si rambut lebat main tangkap-tangkap gambar.. Sudah terpengaruh dengan papa.. Siap ajar mama dan papa cara nak pose lagi.. Cara silang kaki, cara senyum dan peace...haha...Walaupun gambar ni tak clear tapi mama upload jugak sebab si rambut lebat yang tangkap gambar ni.. Gambar ni mama akan jadikan moment yang indah buat si rambut lebat.. Well done my babygirl.. We love u 💗

selepas habis kenduri, ajak papa si rambut lebat lebat pergi shopping makanan kucing.. Sebab ada kucing jalanan yang baru beranak dan kelaparan mintak makanan kat umah kitaorang.. Jadi kesian lak tak tahu nak bagi makanan apa.. Jadi Sue fikir better beli makanan kucing jer sebab nak bagi kucing tu makan.. Mak Sue pesan kena slalu buat baik pada kucing.. Sebab kucingkan haiwan kesayangn Nabi Muhammad SAW.. Kalau kita berbuat baik pada kucing insyaallah rezeki kita akan bertambah... Insyaallah ..Gambar kat majlis kahwin tak ada hari ni.. Sebab duduk belakang jauh tak nampak.. Si rambut lebat baik dan sopan jer kat majlis hari ni.. Biasa dia berlari riang gembira dan tak duduk diam.. Kami parent dia hairan bin ajaib sangat.. Haha 😂.. Secara jujur, Sue bukan jenis yang minat bercerita.. Sue buat blog pun sebab lebih kepada gambar nak share gambar.. Sebab hobi Sue lebih kepada Fashion dan gambar.. Sebab tu kalau korang baca blog Sue hambar saja.. Tak rasa best macam makan nasi dan budu.. haha .. Good nite everyone 😉


No comments:

Post a Comment