Sunday 13 May 2018

style and nature

salam and hyii peeps...

mengabadikan hari cuti yang bermakna ini bersama orang yang tercinta sangatlah membahagiakan.. Syukur kepada Allah sebab di berikan kesempatan dan masa untuk bersama anak dan suami yang tercinta.. Sebenarnya banyak cara untuk kita habiskan masa bersama orang yang tersayang.. Tak semestinya pergi jauh-jauh dan tempat yang mahal.. 

dihujung minggu i just habiskan masa bersama orang yang tersayang dikawasan atau tempat yang berhampiran rumah sahaja. Kebetulan tempat tinggal i berdekatan dengan kawasan yang pemandangannya yang cantik dan super nature.. Boleh dijadikan tempat berootd dan bergambar.. Oleh kerana i dan husbund mempunyai hobi yang sama, so kami senanglah nak buat apa pun bersama
..


sekarang fesyen skirt kelambu.. I agak suka dengan skirt ini.. Sebab selesa dan nanpak stylo.. Bila i pakai skirt ni.. ianya mengajar i untuk menjadi seorang yang ayu, sebabnya i perlu berjalan perlahan dan lemah lembut.. Sebab ruangan skirt yang sempit.. tapi skirt ni tak seksi dan seksa okay.. masih menutup aurat dan tidak menampakkan bentuk badan.. 

i sangat sukakan pemandangan di kawasan ini.. Dekat belakang itu merupakan gunung santubong Negeri Sarawak.. Bila tengok pemandangan disini rasa sejuk je hati.. Beruntung siapa yang tinggal mengadap pemandangan ni.. Boleh la hari-hari menikmati pemandangan yang indah lagi menenangkan ini..
 

Masa untuk si rambut lebat tonjolkan bakatnya.. Bukan senang si rambut lebat nak jumpa pasir ni.. Pasir merupakan barang rare bagi si rambut lebat.. Dia duk menulis abc...So parent diluar sana, tak semestinya playground sahaja yang kita boleh espouse kan anak kita.. Kalau ada kawasan tanah lapang yang selamat dan bersihkan bolehlah kita biarkan anak kita bermain.. Jangan riso dijangkiti bakteria.. Bukan semua bakteria itu jahat.. Ada sesetengah bakteria yang dapat membantu meningkatkan keimunan anak kita.. 

okaylah semua, walau dimana pun kita berada kita perlu bersyukur.. Bersyukur itu lebih indah dan sempurna..  byess peeps.. love yay... 

No comments:

Post a Comment