Saturday 16 April 2016

MILK BOOSTER SECARA SEMULA JADI

HYII Peeps... sape kat sini yg nakkan baby yang comel, sihat dan aktif..Pastinya ibu-ibu diluar sana impikan smua tu.. Apa yang paling utama utk pastikan baby kta sihat ialah memberikan secukupnya susu kpd baby kta dengan susu badan.. Susu badan ni adalah paling yang terbaik untuk baby dan ianya  tidak dapat dinafikan lagi..

kebanyakkan ibu pasti akan riso nak2 kalau susu badan dah makin berkurang.. Lagi2 bila macam2 usaha dah dilakukan tp still susu tak banyak gak..Jangan risau sebenarnya da caranya untuk tambah dan perbanyakkan susu badan secara semula jadi iaitu melalui pemakanan kta.. Macam aku pun pernah mengalami dimana susu badan aku makin berkurang dan baby aku meraung kuat sbb masih nakkan susu..jd terpaksa la tambah ngn susu formula.. jadi feelling tak best la kan.. rasa bersalah pun ada , riso dan mcm2 la takut anak tak membesar dengan baik..


Alhamdulillah bila baby aku berusia enam bulan susu aku dh bertambah smula..Niat di hati nak nyusu baby aku sampai la usia dy tiga/ empat tahun..Sbb aku fikir nk bagi keimunan lebih utk dy.. Tak nak jadi mcm aku lemah dan mudah btul sakit2..Haha..



Okay apa yang aku lakukan utk perbanyakkan susu aku adalah aku makan semua buah-buahan dan sayur-sayuran yang bewarna hijau.. mcm brokoli, kailam , dan mcm2 lagi la asalkan warna hijau..ni berdasarkan eksperimen aku la uolls..Lagi satu aku tak ambik kubis.. Tapi aku banyakkan ambik salad.. Dalam satu hari aku ambik 3 pinggan salad tau.. sedap lak tu salad makan macam tu je..meragut jadi kambing..haha...Alhamdulillah baby aku cukup sgt susu..








Bila baby kta dapat yang secukupnya susu badan.. tengok la hasilnya sungguh aktif dan sihat saje uolls..mcm baby aku ni smua org dy nak tegur.. peramah tak bertempat.. Pastu demam pn  setakat ni baru dua kali je..skrg ni baby aku dh 8 bulan... Syukur sgt..Sbb tu aku fikir nk teruskan lagi usaha untuk menyusu dan terus menyusu susu badan


okay sape pernah dengar orang cakap.. klau nak susu badan banyak makan pun kena banyak2.. Betul ke mcmtu.. Berdasarkan pengalaman aku.. bila aku makan byk2 bukan susu yang kuar banyak.. tp lemak yang berketul lak yg timbul dari badan aku..Aku pun fikir la tak bleh jadi ni.. Letih berpantang dlu nk dapatkan berat asal..tut tut dh gemuk balik..Mesti la kta rasa down kan..So Jgn riso mama2 sekalian, walaupun kta masih menyusu tak semestinya kta tak boleh diet.. Dan perlu ambik nasi saje.. Sepanjang aku menyusu ni aku makan menu2 yg sihat je dan bersama sayur.. Nasi lansung aku tak ambik..klu ambik pun jarang-jarang saje.. ( nak tau tips diet aku dalam tempoh menyusu badan , bleh usha link ni http://mysuebellezascarf.blogspot.my/2016/04/diet-lost-2kg-in-one-weeks.html ) Dah la badan kita ramping lepastu tak mengganggu penyusuan anak kta lagi.. sape tak nak kan.. 




ha uoolls tengok la hasil dari menyusu badan.. Bersemangat betul badannya.. baby aku ni byk bergantung pada susu badan aku, bab2 makan tak seberapa suka..ikut genetik tak suka makan..hehe..Sebelum ni aku da ambik booster yang jenis minuman dan bancuh.. Tapi mungkin tak sesuai ngn aku, susu aku still gak tak bertambah.. so apa yang aku lakukan adalah aku ambik booster secara semula jadi dan sihat saje la.. Aku juga tak ikut nafsu lapar.. Aku just makan tiga kali sehari.. waktu malam klu lapar sngt aku makan biskut jacob cicah ngn susu rendah lemak HL.. kenyang gak uoolls..Apa yang penting dalam satu hari mesti minum 3liter air masak yea,, Pastu banyakkan makan makanan yang sihat mcm sayur-sayuran hijau.. jgn makan nasi byk2 uoolls..nanti akan gemuk.. Kesimpulannya  yang boleh aku saykan  disini kualiti yang memainkan peranan utk memperbanyakkan susu badan dan bukannya kuantiti.. 


Apa-pun kalau korang da pengalaman yg lebih baik boleh dikongsikan bersam.. tq so much uoolls sudi lawat i...

No comments:

Post a Comment