Peningnya kepala memikirkan nak hantar anak dekat tadika mana tahun hadapan.. Tahun depan si rambut lebat dah berumur 5 tahun.. Jadi kenalah belajar di tadika.. Kita as a parent mestilah nak yang terbaik buat anak kita.. Sebab itulah kita jadi pening kepala.. Ye lah kita dah berhabis beribu nak daftar lagi, yuran bulanan lagi.. Jadi mestilah kita nak rasa berbaloi dengan apa yang kita bayar dan belanja tu.. Sebab kita mestilah nak tengok perkembangan fizikal dan mentalnya menjadi semakin baik dan maju ke hadapan seiring dengan peredaran masa dan zaman sekarang.. Dunia sekarang mencabar sebab budak sekarang kecik-kecik dah pandai macam-macam.. Lagi-lagi bab teknologi.. So Sue dan husbund pun tak nak si rambut lebat ketinggalan especially dalam pembelajaran...
Baru-baru ini Sue pergi mydin bersama papa si rambut lebat dan rambut lebat pun ada ikut sekali..Tengah sibuk duk shopping susu si rambut lebat dan grocery terlihat pertunjukkan @ persembahan yang hebat dan luar biasa dari budak-budak kecik yang lagi comel.. Sue dan husbund pun ushar la, tengok-tengok persembahan murid dari tadika Sendidik.. Wowww hebat betul lah.. Terpegun sis tengok dengan persembahan alat muzik, tarian dan banyak lagi...Rasanya ni first time Sue tengok persembahan murid tadika yang sangat cool...
okay Sue nak bagi tips dekat korang yang masih dilema mencari tadika untuk anak-anak tahun depan.. Rasanya masih belum terlambat untuk mencari dan mendaftar tadika anak untuk tahun hadapan....
Berikut tips yang korang kena tahu.......
1. yuran tahunan
Mana-mana tadika confirm ada yuran tahunan.. Korang kena tanya dan tengok betul-betul yuran tahunan yang korang bayar tu berbaloi ke tidak dengan program yang di tawarkan dan keperluan yang dyorang bagi dekat anak kita nanti.. Terus terang Sue cakap yuran tadika zaman sekarang boleh tahan macam dah nak masuk university.. So korang kena beware dan pilih betul-betul tau..Korang boleh bandingkan d ngan tadika-tadika yang ada di sekitar tempat tinggal korang tu.. Tengok yang mana lagi berbaloi..
2. Bayaran bulanan
Bagi yang ada anak ramai mesti yang ni jadi keutamaan.. Yea lah sebab banyak benda nak kena keluarkan setiap bulan.. Carilah yuran yang seduai dan ikut kemampuan korang.. Kalau Rm300-Rm400 tu dikira masih berbaloi kalau korang hantar sampai ke petang.. Kebanyakkan parent bekerja sampai petang.. So rasanya berbaloi kalau bayaran bulanannya macamtu..
3. Kemudahan dan facilities tadika
Korang pergi la ushar dulu tadika yang korang rasa berkenan di hati tu.. Tengok persekitaran dan kawasan tadika tu.. Sama ada selesa ataupun tidak.. Maksudnya dari segi kebersihan dan kemudahan kerusi dan meja.. Kalau rasa bersih dan nampak ceria okay sajelah...Kalau jenis Sue dan husbund suka ushar dan tengok semua tadika yang ada di persekitaran kitaorang yang disenarai calonkan untuk tadika si rambut lebat...
si rambut lebat memang suka makan.. Jenis yang tak cerewet dan makan semua benda...
4.Makanan yang disediakan
makanan pun penting sebenarnya.. Sesetengah tadika dy tak menyediakan makanan kena bawak bekal dan makanan sendiri.. Jadi Lebih baik kita pilih yang ada menyediakan makanan.. Supaya kita tak risaukan perut anak kita semasa belajar.. Kalau boleh kita tengok juga list menu dekat tadika tu.. Berkhasiat dan okay tak makanan yang di sediakan...
Tadika yang kita pilih tu mestilah buat anak kita aktif dan cerdas
perlu juga menyemai semangat berkawan dan dapat meningkatkan keyakinan diri untuk bergaul dengan rakan-rakan.. Si rambut lebat memang senang dapat kawan.. Sebab dy jebis friendly dan sporting...
5. Program yang di tawarkan
Yang ni pun penting jugak tau.. Bagi Sue, Sue akan tengok juga apa program dan aktiviti yang di jalankan di tadika tersebut.. Sama ada happening , ceria ataupun membosankan.. Setakat ni dah 4 buah tadika yang Sue pergi survay dan tengok aktiviti atau program yang mereka tawarkan.. Ada sesetengah tadika tu lebih kepada membuat latihan dan 3M saje.. Kalau Sue nak si rambut lebat ni belajar semua benda.. Sebab tu Sue akan pilih program yang menarik macam kelas muzik, kelas gymnastics, kraftangan, outdoor dan event party..Sebab Sue rasa dy tak akan boring punya dan mestilah bagus untuk membina keyakinan diri dan menyerlahkan potensi dan bakatnya yang terpendam... Dan yang lebih penting juga mestilah menutamakan atau menerapkan mata pelajaran Pendidikan Islam...
6. Layanan owner
Kalau korang rasa owner dy kerek dan sombong.. Baik jangan hantar dekat tadika tu.. Sebabnya akan memberi seribu masalah kepada korang.. pilihlah owner yang mudah bicara dan tidak begitu straight.. Pendek kata yang lebih faham dengan situation dan tidak mudah berkira....
Yang last sekali mestilah keselamatan anak kita yang perlu dititik beratkan.. Pastikan kawasan tadika yang kita pilih itu berpagar, mementingkan ciri-ciri keselamatan, dan bukannya di kawasan yang sunyi atau terpencil.. Carilah kawasan yang strategik... Harap kita sama-sama mencari tadika yang bersesuaian dengan anak kota dan memberi kebaikan yang tidak terhingga... Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.. Tenkiu peeps 😍
No comments:
Post a Comment