Tuesday, 19 March 2019

Tips untuk sentiasa positif

Salam dan hyii peeps...
Bagaimana nak kekal positif? Kenapa perlu sentiasa positif?Positif akan membawa hidup kita ke arah yang lebih baik...Pendek kata ke arah kehidupan yang harmoni, ceria, aman dan damai...

Disini Sue kongsikan tips untuk sentiasa positif
1. Jauhkan dari orang-orang yang negatif dan bersifat konservatif..Orang-orang yang macam ini tidak akan membantu pemikiran kita menjadi sihat.. Orang yang jenis konservatif ni akan cuba putar belitkan benda baik yang kita cakap sehingga menampakkan benda yang jahat.. so be careful gais...


2. Elakkan dari bercampur dengan mak cik or pak cik bawang.. Yang suka mengumpat.. sikit-sikit nak mengumpat tak kuasa aku.. Banyak lagi topik best yang boleh di bincangkan... Contohnya pasal camera, travel or fashion ke?Kalau dah terbiasa mengumpat ianya akan jadi satu tabiat yang tidak baik...Sampailah jadi tabiat melepak yang mengumpat tak habis-habis 10 keturunan...


3. Yakin diri.. Ini yang paling penting.. Jadilah diri kita sendiri.. Jangan takut untuk keluarkan pendapat kita.. Jangan fikir kita bodoh dan sebagainya.. Kadang pendapat orang tak semestinya betul dan kita tak semestinya salah.. Jangan takut untuk berkata No pada benda yang kita tidak suka or yang kita tidak setuju... Jangan terlalu mendengar kata-kata negatif orang lain, kerana ianya akan membuatkan kita down... dan low confident.. Kalau orang kutuk or body shaming ke buat derk je lah.. bukan jejaskan kita pun.. Orang macamtu dia suka kalau tengok kita sakit hati.. Tapi kalau kita tunjuk happy dan senyum macam kucing je dia yang akan sakit hati.. so korang nak yang mana satu?


4.Sentiasa bersyukurlah kita... Ini yang paling utama.. Bersyukur dengan apa yang kita ada.. Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain.. Sampai bila pun kita tak akan puas hati... Cuba tengok orang lain yang lebih susah lagi..Jika makan, pakai kita cukup bersyukurlah kita banyak-banyak...


5. Buang perasaan hasad dengki dan dendam..Bila kita tengok orang beli handbag kita rasa jealous.. Buat apa nak rasa jealous??? jadikan inspirasi untuk kita berjaya.. Jangan berdendam hal yang remeh temeh.. Contohnya kawan ajak BBQ tapi kita tak dapat hadir tapi  dah touching dan terasa seumur hidup.. Cuba fikir positif mungkin orang itu ada masalah ke? sakit ke? Malu dekat budak tadika.. Budak tadika pun gaduh sekejap-sekejap jer...



last sekali buat sesuatu yang kita suka.. Macam ootd ataupun mengambil gambar... haha like me di bawah ini....















jangan marah yea.. Sis memang suka berootd dan edit gambar.. Sebab ini salah satu hobi sis.. Sekarang trend skirt Elmo ni.. Sis loike banyak-banyak... Semoga bertemu lagi.. Semoga kita sentiasa positif dan bahagia dalam kehidupan..... 📷Sazel Aspihan...... Byesss peeps 💗

No comments:

Post a Comment