Tuesday, 12 February 2019

SAKAE SUSHI-makan makanan Jepun la jap ....

Salam and hyii peeps......

Sebut pasal cita rasa ni, ada yang suka masakan kampung, ada yang suka weastern food, masakan Jepun, Korea dan sebagainya.. Jenis Sue, Sue boleh terima semua jenis makanan asalkan bukan ada santan like kari, dan sebagainya.. Yang pedas-padas on jer.. Antara favourite Sue dan family ialah Sushi.. Sushi ni kalau makan banyak boleh bawak gemuk tau.. Sebabnya setiap satu sushi tu mengandungi kalori yang tinggi... Jangan fikir nak diet makan sushi.. Memang silap besar lah jawabnya...Sue suka makan dekat Sakae sushi..Sebab sushinya fresh tak macam tempat lain.. Pendek kata tidak hanyir dan busuk... eyewwww... Sakae sushi menyediakan bahan yang terpilih dan terbaik dari seluruh dunia.. Yang selamat, berkhasiat dan berkualiti tinggi... Korang bolehlah cuba sendiri... 



Menu yang Sue, husbund and si rambut lebat oder...Ada pelbagai jenis Sushi kat sini.. korang just oder guna tab yang dyorang sedia kat atas meja... Service kat sini tip top.. Sebab tu kami selalu makan kat Sakae Sushi.. Kalau layanan buruk sape je yang nak makan.. Dekat sini ada 250 jenis hidangan yang disediakan dan dibahagikan kepada beberapa jenis kumpulan iaitu sashimi, yakimono, agemono, tempura, ramen, donburi dan bento.. Dalam setiap kumpulan ni pulak terdapat pecahan makanan yang pelbagai dan lazat... nyum.. nyum... nyummmm... 



ini antara yang wajib kami oder bila makan kat sini.. Yang lain-lain tu tak minat sangat.. Sue lebih suka Ikan Salmon.. Kalau ayam tu tak berapa minat.. Sebab masuk sushi ni rugilah tak try salmon... 


Ini pulak sashimi yang Sue suka jugak.. Semua suka aku nih... Sue suka makan salmon yang raw dan juga yang dah di masak.. Ada setengah orang tak boleh makan yang raw macamni.. Sebab dia rasa macam zombie.. hehe.. Tapi Sue okay je.. Sedap beb rasa lemak-lemak ikan salmon ni.. Makan yang raw macamni pun okay asalkan pembuatannya bersih dan selamat.. Kalau korang sakit perut tu, maksudnya tak sihat la cara pembuatannya.. Yang ni Sue tak pernah miss oder.. Husbund tak minat, dia kata eeeyyywww macam pontianak.. makan mentah... 😂.....






yang ni paling favourite Sue... Spicy dan pedas.. Ada rasa mayonis dan ikan salmon yang lemak berkrim.. Sue paling sukakan yang ni.. Mesti tak miss oder yang ni...






yang ni orang Jepun panggil bento.. Dalam bahasa melayunya bekal.. Kiranya macam hidangan yang lengkap dalam satu box... Ada nasi, buah, ayam terayaki, dan ikan salmon... Husbund Sue minat makan bento.. Selalu oder yang ni.. Sebab dia suka makan nasi berlauk...








malangnay bento papa telah dirampas oleh si rambut lebat.. 



papa yang terpaksa pasrah sebab makanan dikebas oleh si rambut lebat... Sian papa.. Si rambut lebat suka rampas makanan papa dia.. tak tahu kenapa.. Kalau makanan mamanya dia tak nak. Sebab dia tahu makanan papa sedap selalunya ada rasa masin manis tu cukup.. Kalau mama biasa yang tawar-tawar dan healthy.. haha.. Air pun kirang manis kalau yang mama punya...



itu dia, si rambut lebat tengah usha sushi bergerak.. Dia suka ambik tapi tak makan.. Dia seronok ingat benda tu mainan... Main ambik je.. 



Air femes kat Sakae sushi.. tak lain tak bukan green tea.. Green tea ni tak manis lebih kepada healthy.. Ada dua pilihan sejuk atau panas.. Masuk-masuk kedai biasa pelayan akan tanya nak green tea atau tak?.. Kalau korang tak nak pun takpe sebab ada banyak lagi pilihan lain... 



salmon raw with mayonis.. I loike it... hehe.... Lemak berkrim di sukai ramai.. Ikan salmon ni buat la macam mana pun tetap sedap....



mr ketam pun ada.. Ni ketam goreng tempura... Tapi tak rasa macam ketam sangat.. Sue tak berapa nak suka.. Rasa macam makan tepung je.. Ketam tu tak rasa especially isinya...

Sushi ni dikira makanan healthy la jugak..Daripada  makan junkfood better makan yang macamni.. Ikan salmon mengandungi omega tiga yang baik untuk kesihatan.. Lagipun makanan kat sini tak tinggi kandungan garam dan gula.. Sebab kenyakkan guna bahan semula jadi seperti ikan salmon, udang, salad dan sebagainya... Dulu tak minat pun makan sushi ni, sebab rasa macam pelik je.. Tapi lepas lahirkan si rambut lebat asyik mengidam nak makan sushi je.. Boleh katakan hari- hari lak tu.. Seronok si rambut lebat bf rasa perisa sushi... hehe...

Kalau nak tahu sedap ke tak? dan korang ni penggemar sushi , bolehlah cuba tau.. Sue just kongsi port yang Sue selalu makan jer.. Citarasa setiap manusia ni tak sama.. Mungkin berbeza.. Kalau bagi Sue sedap maybe bagi korang tak.. So jangan cakap Sue menipu okay.. love u peeps .... byeeee with 💗

No comments:

Post a Comment