Friday, 8 February 2019

my dairy Style-with colourful skirt

Salam and hyii peeps...



outfits detail:
skirt : oldblossom box (old skirt)
top: mango
tudung: mysuebellezascarf.co
shoe: vincci 

Bila Sue pakai skirt ni, Sue teringat satu moment yang indah dan di sebalik permulaan penggayaan hijabista @style Sue pada hari ini... Dulu Sue tidak pandai menggayakan skirt dan rasa tidak confident bila menggayakan skirt.. Tapi Sue belajar secara perlahan-lahan dan mengikuti perkembangan blogger yang terkenal pada masa itu.. Teringat pula pada tahun 2012 pada permulaan Sue cuba untuk menggayakan skirt dan ala-ala hijabista.. Masa itu, Sue terjumpa blog yang sangat menarik dan menceritakan tentang fesyen muslimah iaitu blogger milik Arwah Shea Rasol dan Jezmine Zaidan.. Dari situ Sue belajar tentang cara berpakaian muslimah tapi tetap nampak stylo.. Mula terdetik di hati untuk mencuba dan mengikuti cara mereka berfesyen.. Arwah Shea dan Jezmine merupakan sumber inspirasi dan idola dalam Sue berfesyen.. Sue suka tengok cara mereka mengenakan pakaian dan dengan cara yang bersederhana dan sopan.. Dalam berfesyen ni tidak semestinya kita memakai pakaian yang mahal dan berjenama.. Kadang baju yang kita beli di AEON pun boleh buat kita nampak stylo dan bergaya, asalkan kita pandai suai padankan atau macthkan dari atas sampailah ke bawah.. Jenis Sue, Sue tidak mementingkan konsep matching, maksudnya bila pakai hijau mesti semua hijau.. Pendek kata Sue sukakan yang warna warni atau pun colourful.. Contohnya kalau Sue pakai skirt hitam, baju hijau, tudung pulak warna coklat muda dan handbag serta kasut pula Sue suka pakai yang warna warni... Fesyen sebegini dinamakan colourblock.. Tetapi pilihan warna mestilah bersesuaian dan tidak nampak terlalu over... 



Sue sangat sukakan skirt warna warni seperti ini.. Sebab nampak ceria dan sungguh uniq.. Skirt ni di bawah label oldblossom box pada masa itu dan disignernya ialah Jezmine Zaidan.. Bagi Sue skirt yang direka oleh Jezmine Zaidan sangat uniq dan sungguh bersertyle pada masa itu.. Masih teringat lagi, dari Melaka Sue sanggup pergi ke butik Oldblossom Box yang terletak di syeksyen 7 Shan Alam dengan husbund semata-mata nak beli skirt kat sana.. Lepastu Sue bukan beli sikit, Sue borong banyak helai.. Sebab bagi Sue semua skirt kat butik Oldblossom Box sangat cantik dan lain dari yang lain.. Bukannya made in chine yang di beli secara pukau.. Tapi handmade sendiri oleh Jezmine Zaidan... 
 Sesiapa yang masih ingat dan pernah ke butik Oldblossom Box mesti tahu macam mana.. Rasa berpinar bijik mata, tak tahu mana satu nak beli sebab semuanya cantik-cantik.. Dekorasi dalam butik pun kebabom.. Ceria je rasa macam tak nak balik nak lepak lama-lama kat situ.. Sungguh cantik dan ceria macam candy 🍭......






serius macam candy.. Best kalau ada butik macamni... 😍😍😍😍




apalah yang si rambut lebat tu buat.. Sampai menonggeng anak aku ni... Ushar pakwe lah tu.. Si rambut lebat memang suka dengan lelaki.. πŸ˜‚



Skirt ni dwi colour.. Warna pink dan oren.. Sue sayangkan skirt ni.. Sampai sekarang Sue simpan elok dan masih memakainya walaupun dah lama beli.. Skirt ni Sue beli pada tahun 2013.Lama kan.. tapi masih elok lagi.. Material yang tahan dan berkualiti.. Material skirt ni dari ciffon.. 



Sue sukakan warna warni.. Warna warni menceriakan mata yang memandang... Sampai sekarang Sue masih ingat lagi moment di sebalik hijabista Sue.. Husbundlah yang banyak memberi sokongan.. Sekarang Sue cuba untuk memberi inspirasi kepada orang yang di luar sana yang mempunyai minat terhadap fesyen dan gaya muslimah... Bagi Sue kita kena berani mencuba dan jadilah diri sendiri.. Fesyen tidak pernah salah dan kitalah yang mencipta fesyen dan gaya diri sendiri... 
Semoga dengan perkongsian Sue ini akan dapat memberi inspirasi kepada semua wanita diluar sana yang minat berfesyen dan tidak tahu macam mana nak menggayakan fesyen muslimah.. Kali ini Sue berlatar belakangkan taman di Kuching Sarawak dan juru photo semestinya suami Sue yang tercinta... πŸ’—


No comments:

Post a Comment