Salam n hyii peeps
Baru-baru ini si rambut lebat aka my babies terkena chicken pop atau bahasa saintifiknya Varicella Zoster. Macam si rambut lebat ni tanda-tanda awal kena chicken pop dua hari sebelum nampak jelas pada badannya.. First badan jadi merah dekat kemaluan, ingatkan ruam rupa-rupanya tanda nak terjadinya chicken pop.. pada mulanya ingatkan tersalah pakai pampers sebab kebetulan kitaorang ada tukar pampers jenama yang lain.. Ada sapukan krim di napkins area, tapi pelik tak baik-baik jugak.. Selalu dah baik..
Macam si rambut lebat ni kitaorang hantar kat taska. So masa first day si rambut lebat ni terkena chicken pop teachernya call suruh datang ambik.. Benda tu tak boleh tunggu lama-lama sebab ianya boleh bawa jangkit kepada orang lain.
Chicken pop ni adalah sejenis virus yang keluar dari badan manusia.. Orang yang mudah dijangkiti biasa yang belum pernah terkena chicken pop ataupun antibodinya lemah.. Bagi bayi atau anak-anak yang terkena chicken pop ni perlu di kuarantinkan dan pendek kata dijauhkan dari orang lain.. Terutamanya bayi atau kanak- kanak yang lain..
First yang korang kena lakukan bila baby atau anak korang terkena chicken pop ni pergilah cepat-cepat ke klinik untuk pemeriksaan.. Doktor akan bagi satu surat kuarantin untuk majikan korang sekiranya korang bekerja.. Ubat sapu juga akan diberikan bagi mengelakkan kegatalan pada chicken pop tu.. Biasanya ubat makan tidak ada.. Doktor biasanya tidak menyarankan ubat makan.. Biarkan virus tu keluar dengan sendiri dan sembuh sendiri.. Supaya next time dah tak kena lagi dah...
sepanjang si rambut lebat kena chicken pop ni, i just guna tiga benda ni sahaja.. Tiga beradik ni sangatlah membantu.. Yang ini boleh beli dekat farmasi
Herba blend ni sangat sesuai untuk disapu pada chicken pop supaya dapat menghilangkan rasa gatal kulit dan krim ni sangat bagus untuk hilangkan parut.. Bila sapu krim ni rasanya agak berangin sedikit.. Kena rajin sapu okay.. kalau boleh setiap masa sapu, supaya dy tidak tergaru-garu gatal.. Kebanyakkan orang pesan jangan pakaikan baju semasa anak krna chicken pop, tapi macam i, i pakaikan baju yang berlengan panjang dan seluar panjang.. Supaya tangannya tidak menyentuh dan menggaru tempat chicken pop tu untuk elakkan berjangkit dan merebak pada bahagian yang lain pulak.. Nanti makin banyak parut.. Elakkan berpanas dan biar duduk dalam aircond saje.. Takpe lah buat sementara waktu ni sahaja.. Layanlah macam raja sekejap ataupun macam baby bos.. haha...
yang ini pula merupan sabun mandian.. Yang ni pun fungsinya adalah untuk kurangkan rasa gatal, mengelakkan kulit kering dan menyejukkan badan..
Sepanjang si rambut lebat dalam kuarantin ni.. Mestilah dy bosan duduk kat umah saje kan.. So untuk mengelakkan dy asyik merenget dan menangis kita perlulah sediakan benda yang dy suka seperti mainan, makanan dan sebagainya.. Macam si rambut lebat i belikan mainan yang main masak- masak tu lepastu i join main sekaki.. Lagi satu i tau dy minat aiskrim so i beli banyak-banyak letak dalam peti ais.. Tapi awas diingatkan jika anak kita makan benda-benda manis jangan lupa bagi minum air masak yang secukupnya dan jangan lupa gosok gigi.. hehe nanti giginya tinggal dua kuning..
Pemakanan sepanjang anak kita terkena chicken pop juga haruskan kita jaga dan utamakan.. Tak boleh makan ayam, telur dan kicap.. I just follow sajelah.. Tapi boleh bagi makan ikan bakar, sup daging dan sebagainya.. Asalkan tidak yang bergoreng.. Kalau dy suka buah-buahan lagi bagus.. Macam si rambut lebat ni suka makan buah pisang dan strawberi, so i bagi je dy makan banyak-banyak.. Lagi satu nak cepat baik bagi minum air kelapa muda.. Beli yang fresh tu..Bukan yang dah dibancuh okay...
Macam si rambut lebat ni..Biji-biji dekat badan dan muka tidak lah banyak sangat.. Mungkin sebab pernah ambik vaksin.. Tapi kesian lak tengok gelagat dy.. Asal tengok cermin je sedih cakap mukanya dah tak cantik.. Tahu ke maksud cantik tu? Owh my si rambut lebat yang manja..
Actually budak-budak kecik ni kalau kita kurung dalam rumah, mereka akan cepat rasa bosan.. Macam si rambut lebat selalu jugak ajak keluar sebab dah terbiasa keluar jalan-jalan.. Korang boleh saje bawa dyorang ni jalan-jalan dalam kereta tak pun cari tempat sunyi yang kurang pengunjung.... Macam kawasan atau tempat tinggal i ni ada satu pantai yang tak ramai pengunjung boleh katakan 2-3 orang sahaja yang ada.. Itupun orang dewasa.. So bergembiralah si rambut lebat berlari di tempian pantai.. Sini sajalah yang dy boleh datang.. Kalau shopping tu memang tak lah..
Kita sebagai parent ni kena cakap elok-elok pada anak kita yang terkena chicken pop ni.. Macam i selalu cakap yang dy tengah sakit sekarang ni, so tunggu baik dulu baru boleh pergi playground dan school.. Kanak-kanak kecil ni dunia dy hanya bermian sahaja.Jadi kita kenalah pandai sebagai parentsnya.... Itu sajelah pengalaman i sepanjang si rambut lebat terkena chicken pop...
No comments:
Post a Comment