Assalammualaikum.. hyii peeps.. Siapa kat sini yang sukakan beg Carlo Rino, cakap " saya ler tu". Macam aku ni peminat tegar beg Carlo Rino. Sebabnya to mee its uniq & comel-comel, kiut miut gitu. Harganya pun bleh tahan tak de la mahal sgt. Lagi nak beli hand bag ni pun senang je. Melambak jual kat Parkson, butik Carlo Rino dan online shopper.
Ada orang bagi tips kat aku, kalau nak beli handbag Carlo Rino yg berkualiti jgn beli kt parkson, tapi beli kt butik khas Carlo Rino. Dyorang cakap yg dekat parkson tu barang reject. Aku pun tak tau betul ke tak.. Tapi sebelum beli lebih baik check dahulu.. Kalau rasa okay 100% boleh la beli. Korang pun tau kan yang handbag Carlo Rino ni jenis berat sikit.. Kebanyakkan jenis yang berat. Kalau dah bubuh dan masukkan barang lagi berat jadinya. Sebab kualitinya standart tinggi dan kukuh sebab tu la ianya berat. Tapi bagus gak beg yang jenis berat ni skali pikul dh dapat buang kalori. Cer korang bayangkan kalau bawa dan pikul beg yang berat ke hulu kehilir dan berjalan serata memusing dalam pasar raya tu, mau banyak gak kalori yang boleh terbakar. Bleh dijadikan senaman yg agak memberansangkan utuk kurus..haha.. Tak gitu wanita-wanita sekalian.
Jenis aku ni, aku bukan peten yang pentingkan brand ataupun jenama. Jenama tu aku letak pada nombor 3. Perkara fist yg aku tgk adalah peten dan corak. Kalau benda tu cantik, comel dan uniq aku memang akan suka sgt2. Lepastu yg ke 2 aku akan tengok harganya, kalau mahal sgt aku x beli sbb rasa membazir lak. Bagi aku baik beli emas hehe.. Boleh simpan diharitua nanti. Tu pada pandangan aku ler. Tapi tak salah pun kalau nak merasa benda mahal asalkan tidak membebanjan dan menambahkan hutang. Okay setakat ni yang paling latest design Handbag ni adalah warna Biru laut. Comel bangat dong. Harga pun boleh la tahan. okay bleh tengok gambar di bawah Carlo Rino yg paling latest
Kalau berminat nak beli online handbag ni boleh trus ke http://shop.carlorino.net/
sekarang da promosi dan diskaun. Yang ni just sugeskan je. Tp kalau da laman web dan shopper yg lebih bagus boleh kongsikan dengan aku yea.
Tu dy orang yang tengah rambang mata, tak tau nak pilih yang mana satu.. Mata tengah berpinar-pinar
Okay ni peten yang tengah da sale sekarang. Sale dalam 50%. Yang ni murah je Rm100 lebih je. Boleh serbu butik carlo Rini @ Parkson sekarang. kalau korang nak tau promotion dan harga setiap butik, kedai atau tempat adalah sama. Kalau da sale, semua akan ada sale dan harga pun memang akan sama tidak kira negeri dan tempat.
Ni antara peten yang cantik bagi aku. Yang ni pun da sale sekarang ni
Yng ni pun sama antara pilihan aku. Comel sangat. Yng ni 20% diskaun.. Harga dalam RM3XX
Okay yang ni look feminin skit. Sesuai utk Wanita bekerjaya. Yng ni price dlm RM2xx.. Yang ni da sale 50%
selain design atau peten tu banyak lagi sebenarnya yang cantik-cantik dan lawa-lawa. Boleh ushar shopper k. Okay tu je perkongsian tentang beg peweret aku. Kalau da sesiapa yang minat beg yang sama boleh la kongsikan bersama. Tq sebab sudi lawat i yea..
Harga butik sama tak dengan harga website? Ke website shj yg ada sales/diskaun?
ReplyDelete