Salam and hyii peeps....
Anda penggemar seafood like mr ketam, cik sotong dan udang?.. Hari ini jalan- jalan cari makan bersama si rambut lebat (my baby girl) and the geng...Kalau anda singgah ke Kuching Sarawak, jangan lupa untuk singgah makan seafood dekat Telaga Air.. Tempat ni sebenarnya sebuah kampung.. Kampung yang dikelilingi oleh hijau fauna dan bukit bukau.. Rasa tenang dan keindahan pemandangan yang anda dapat lihat nanti...
Inilah gerai yang menyajikan korang semua seafood.. Seafoods kat sini smua fresh la bagi kitaorang.. Lagi-lagi kalau yang jenis alergic jangan risau..Mungkin tahap alergic korang taklah seteruk mana.. Ada banyak pilihan gerai.. Korang pandai-pandailah pilih sendiri ikut keselesaan dan selera masing-masing.. Boleh pilih tempat duduk dan pilihlah makanan seafood apa yang hendak dimakan...
Kali ni makan berempat.. Ini dah kali ketiga kami datang makan-makan kat sini.. Tempat ni pun tak jauh sangat dari rumah Sue.. Lebih kurang 15 minit macamtu lah perjalanan kami menaiki kereta..Semua yang jenis alergic seafood, tapi skali skala makan okay la.. Tak boleh kerap sangat nanti boleh bawa penyakit nanti.. Dah makan seafood ni standby la awal-awal ubat alergic..
cukuplah menu untuk 4 orang makan.. Harga makanan dekat sini masih berpatutan.. Tak adalah mahal tahap dewa pun.. Berbaloi bagi yang suka melantak seafood ni.. Baik makan banyak-banyak terus...
Udang goreng celup tepung ni sedap campur rangup-rangup
Mr Ketam goreng celup tepung dan masak butter ni pun boleh tahan sedap dia.. Seriusla sedap isi ketam yang manis-manis dah tebal la jugak.. Tak adalah bukak-bukak kosong tak ada isinya.. Bila gigit rasa krup krup je garingnya.. Tak adalah keras macam kayu..
sotong goreng celup tepung feveret si rambut lebat sudah semestinya...
Lobster yang besar kepala.. Yang ni pun korang harus cuba okay.. Harga sekor ni tak adalah mahal tahap dewa sampai berpuloh hinggit untuk sekor... Lobster ni ada dua pilihan masakan disini iaitu goreng dan masak pedas macamni..
ikan masak asam pedas pun ada bagi yang penggemar makan ikan.. Sue tak tahu apa nama ikan ni.. hehe .. sebab jarang makan ikan...
sayur terung masak pedas pun ada.. Macam pilihan sayur tu tak banyak.. Sebab lebih kepada pilihan seafood
Dekat sini, konsep makan ala buffet.. Kita pilih lauk sendiri.. Ambik pinggan dan isi lauk atau seafood sendiri..
Gerai makan berhadapan dengan jeti atau tepi sungai.. Kat sini kiranya tempat perlancongan di Kuching Sarawak..
kalau nak berootd sangatlah okay.. Sebab persekitaran yang cantik..
papa si rambut lebat pun berootd..😍
Dekat sekitar ni ada banyak gerai jeruk.. Macam-macam pilihan teruk kat sini.. warna -warni pulak tu... Si rambut lebat jadi model dengan uncle Harith...
ada jeruk mangga.. Ni mangga pior Sarawak tau.. Rasanya berbeza dari mangga yang lain.. Tak sama rasa macam dekat semenanjung.. Bolehlah try kalau nak tahu macam mana rasanya.. Sue suka sebab Sue memang jenis suka makan masam-masam..
jeruk kulbi pun hado
jeruk buah kulbi, buah kedondong dan mangga.. Semua warna warni...
nak makan kudapan goreng-goreng pun boleh sambil menikmati pemandangan jeti sungai.. Sambil lepak sambil buat senaman mulut
Kuih muih traditional Sarawak pun ada jual kat sini.. Sue suka kuih keria ni.. Sebab sedap sangat tau.. Nak cuba korang patut datang sendiri dekat sini okay...
Dah habis makan dan jalan-jalan cuci mata jap dekat sekitar jeti tu.. Kitaorang pun baliklah.. Dalam perjalanan balik tu singgah jap dekat gerai Serapi Virgin coconut shake..Minuman ni ala-ala coconut shake la jugak mungkin bezanya diaorang guna virgin coconut sebab rasanya memang berbeza la dengan coconut shake yang pernah Sue minum sebelum ini...
time panas macamni memang syok minum coconut shake.. Rasa sejuk di kepala...Maka kami semua pun menuju ke destinasi sambil menghirup coconut shake.. Di sini sajalah jalan-jalan cari makan kita pada hari ini.. Semoga kita bertemu lagi di tv, hari dan waktu yang sama dalam version lain lak.. Thank peeps 💗
nyum nyum.. Si rambut lebat yang syok makan.. makan and makan..
No comments:
Post a Comment