Hyii peeps and ladies.. Ha korang nak kurus cepat kan .. Mesti la nak kan.. giler tak nak.. haha.. okay sebelum ni aku da buat ekperimen untuk lostkan berat badan aku.. Sejak nyusukan baby aku ni ntah nape selera aku makin kuat je.. So makin bertambah lah berat badan aku, perut pun rasa tebal je.. Okay dalam aku berdiet tu, aku dah dapatkan lostkan berat aku 2kg dalam seminggu u olls.. haha cepat kan.. Apa la yang aku lakukan kan? Perkara yang aku titik beratkan semasa berdiet adalah jaga pemakanan dan juga senaman of coz okay.. Tak da jalan mudah untuk kurus.. Krim sapu ke, minum ubat kurus ke semua Tak jalan.. Bagi aku la.. Aku tak tau kalau cara org lain..
Antara ruti harian aku nak kuruskan badan ialah
HARI PERTAMA ( DAY 1)
waktu breakfast aku makan sanwich yang penuh dengan salad dan sedikit tuna
tengah hari aku makan ni pula.. spageti with smoke salmon.. resepi ni da aku sharekan dalam blog aku.. Link bio ni ok http://mysuebellezascarf.blogspot.my/2016/04/diet-menu-salmon-smoke-abc-with-spageti.html
Dinner atau makan petang pula aku just makan sup cendawan daging saje.. Semangkuk dh cukup kenyang untuk diet.. Yang ni bleh usahr resepi kat blog aku juga http://mysuebellezascarf.blogspot.my/2016/03/berangan-pergi-seoul-korean-makan-sup.html
HARI KEDUA ( DAY 2)
Breakfast aku makan wrap with chicken.. Westerm sgt u olls..haha.. Kata org putih breakfast like a king.. Haha..mcm raja tak makanan aku ni..
Lunch lak aku makan ayam panggang je.. nasi aku tak ambil sepanjang diet. Tips lain kalau nk minum air 30 minit selepas makan yea. Tujuannya nk mengelakkan perut buncit.
Dinner lak aku makan salmon with salad.. Sedap sgt.. Resepi menu diet ni boleh usha blog aku untuk dapatkan resepi ...Dinner ni tak perlu makan banyak skit mcmni dah cukup.. Sebab malam2 kita dah tak lakukan aktiviti lasak.. Dah nak tidur dh pun malam2 ni..
Senaman petang pula aku lakukan bersama baby aku.. senang je.. dah la sihat lepastu boleh eratkan lagi hubungan aku ngan baby aku.. Banyak gak sebenarnya cara untuk senaman bersama baby ni.. boleh seach kt youtube ok.. Kat bawah ni contoh senaman yang aku lakukan bersama baby aku.. Korang boleh taip kt youtube " exercise with baby"..
HARI KE 3 ( DAY 3)
Breakfast aku makan semngkuk oat bersam susu HL dan juga buah strawberi
Lunch ataupun makan tengah hari pula aku makan chicken chop bersama semangkuk salad.. Best dan kenyang..
Dinner lak aku ambik koci ayam ni je.. dap dap sangat.. Resepi bleh ushar link ini http://mysuebellezascarf.blogspot.my/2016/03/resepi-koci-diet.html
Senaman lak masih sama aku seach je kt youtube.. Tonggang tonggek la aku depan laptop..
Kipidap Ladies
No comments:
Post a Comment